Thursday, 28 February 2013

Sekiranya kamu menolong Allah, Allah pasti akan menolong kamu


 Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi.. kerana pada pagi diberi keizinan untuk sama-sama kita berkongsi ilmu dan pengalaman dalam medium maya ini…. Setiap muslim yang meyakini Muhammad SAW sebagai Rasulnya.. pasti akan cuba meningkatkan kualitinya pada setiap hari samaada dengan mencari ilmu atau menambahkan amal-amal kebajikan untuk tuaian pada hari esok..

                Kelebihan ilmu tidak dapat disangkal lagi….boleh jadi inilah yang menjadikan Abdullah ibnu Mubarak memberi jawapan yang agak sedikit pelik bila ditanya oleh seseorang: “Apakah yang akan kamu lakukan sekiranya kamu tahu bahawa tarikh dan saat kematian kini telah hampir”. Jawab Beliau:

“Sekiranya aku tahu bahawa saat kematian aku telah hampir, pastinya bermula saat ini sehinggalah tempoh ajalku tiba, aku penuhi saat itu dalam majlis untuk mencari ilmu Allah Taala”.

Kita mengharapkan agar ilmu yang kita perolehi selari dengan hidayah daripada Allah SWT. Pada saat dan ketika artikel ini ditulis…gendang Pilihanraya yang ke-13 semakin rancak dipalu… Semua golongan tidak melepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada suasana PRU nanti.. Sama ada penyertaan mereka untuk mendapat habuan dunia atau menanti janji Allah SWT..

                Saudara/ri ikhwan yang dirahmati sekalian, Jika sekiranya penyertaan kita itu adalah kerana menuntut janji-janji Allah… Maka berkewajipan ke atas kita untuk mengkaji apakah pra-syarat yang perlu ada kepada kita sebelum diberi kemenangan Allah SWT dalam PRU nanti..semoga pengisytiharan Allah SWT dalam surah Muhammad yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah, pasti Allah akan menolong kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu”

(Surah Muhammad 45: 7)

akan dapat direalisasikan…

Kita semua meyakini dengan janji ini. Namun Sejauh manakah sumbangan yang kita telah wakafkan untuk agama Allah sehingga melayakkan kita mendapat anugerah kemenangan daripada Allah SWT.. Sebulan yang lalu, saya pernah bertemu secara empat mata dengan seorang ulama’ melayu yang banyak menghabiskan umurnya di Makkah…Beliau merupakan anak Melayu yang terawal berada di Makkah sehinggalah sekarang iaitu semenjak tahun 1965 lagi beliau menetap di sana..Kata Beliau:

“Kita perlu yakin, sekiranya orang mukmin menolong agama Allah, Allah pasti akan menolong mereka. Namun jika kita telah banyak memberi sumbangan kepada agama Allah…..tiba-tiba kita dapati            (secara zahirnya) Allah SWT tidak menolong kita, itu bermakna pertolongan kita kepada agama Allah masih jauh”

(Tuan Guru Hj Mat Faqir)


Mungkin di sana masih banyak pra-syarat yang kita tidak penuhi sehingga melayakkan kita diberi kemenangan oleh Allah SWT….dalam kitab Risalah Maahad al-Dakwah al-Islamiyyah ada menyebut tentang pra syarat kemenangan:


1.       Mencintai Allah lebih daripada segala-galanya..sehingga Allah juga mencintai kita. Jesteru, jika kita ingin bekerja untuk Islam, bersihlah segala anasir-anasir yang lain selain keredhaan Allah Taala. Jangan sekali-kali menggunakan agama untuk dunia… Jika kita merasa jijik dengan beberapa kerat golongan agama yang menjual fatwa-fatwa murahan sejak akhir-akhir ini..Kita juga perlu berwaspada..

Memang sikap sukakan pujian, pangkat dan harta amat menggiurkan setiap manusia… Namun kita perlu berusaha untuk menghindarinya… kerana itulah yang dinamakan ujian… Tujuan Allah Taala menjadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia..Susah adalah ujian, senang juga ujian…


2.       Bersikap lemah lembut sesama kita.. iaitu kita dituntut untuk tolong menolong atas dasar iman dan taqwa.. Bukan bersatu di atas dasar jahiliyah dan taghut…


3.       Kita perlu bersatu padu…Perpecahan dan perbalahan dalam kalangan kita sendiri akan memberi ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mengalahkan kita…Tidak perlu ada rasa iri hati dan dengki dengan kelebihan yang ada pada sahabat perjuangan, kerana penilaian Allah SWT nanti ialah sejauh manakah sumbangan tenaga, harta dan jiwa yang ikhlas daripda seorang hamba.


4.       Kita perlu bertegas dengan golongan yang memusuhi Islam…sehingga golongan ini tidak lagi berani menghina dan menindas umat Islam sesuka hati mereka..Kita punyai prinsip..jangan sehigga prinsip Islam ini digadai…


5.       Tidak perlu berasa gentar dan takut pada musuh ketika berjihad… kerana kita punya Allah yang Maha Kuasa… Kita juga punya cita-cita tertinggi iaitu untuk mati sebagai syuhada’. Jika kita menyerahkan urusan kita kepada Allah..yakinlah segala apa yang sukar dan susah akan menjadi ringan.


6.       Seorang Mujahid perlu meyemai sifat sabar dan cekal dalam diri bagi menjamin kesinambungannya dalam medan jihad dan dakwah.. kerana tabiat perjuangan itu bukanlah singkat, tetapi memakan masa yang lama untuk mencapai kemenangan…

“Jika kita mati, sebelum Islam diberi kemenangan, pastikan diri kita terlebih dahulu mengecapi kemenangan kerana membawa sekeping hati yang ikhlas ketika berjuang di atas dunia”


7.       Sentiasa bersedia mengahadapi risiko sepanjang perjuangan sama ada senang atau susah… Kadang-kadang kita berjaya dengan dengan cabaran yang susah, tetapi kita tewas dengan ujian kesenangan..


8.       Keyakinan hanyalah pada Allah..Walaupun pelbagai rancangan jahat oleh musuh termasuk penipuan yang tak berkesudahan…tawaran wang ringgit kepada rakyat jelata.. dan pelbagai usaha lagi… Namun jika Allah Taala kehendaki mereka tewas… mereka pasti tewas.. setelah kita bekerja dan berusaha.. Ini semua tidak melemahkan kita…

Cuba kita lihat negara Mesir, saya berekesempatan untuk belajar di sana… semasa di sana, saya melihat Rejim Sekular yang memerintah Mesir pada waktu terlalu sukar untuk diruntuhkan berdasarkan kepada tekanan-tekanan yang dikenakan kepada mana-mana rakyat yang cuba untuk untuk bangkit..Tekanan-tekanan yang dikenakan terlalu ketat sehingga kami tertanya-tanya bilakah fajar Islam akan menyingsing di bumi Mesir..Tetapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya.. setelah 84 tahun sahabat-sahabat mujahid dalam Ikhwan Muslimin berjuang tanpa kenal penat dan lelah, letih dan kecewa akhirnya Allah memberikan kemenangan kepada mereka..Kita juga mengharapkan kebangkitan Islam di seluruh dunia akan tersebar juga ke Negara kita menjelang PRU ke-13 nanti…Amin..


9.       Sentiasalah menjadikan Rasul dan orang-orang yang beriman dalam kalangan kita sebagai pemimpin dan rujukan dalam setiap tindak tanduk kita…dalam perjuangan..


10.   Sentiasa bertawakal dan berharap hanyalah kepada Allah.. Dalam kita berjuang jangan lupa hubungan kita dengan Allah.. Berdisiplinlah dalam menunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba kepada Allah SWT, jangan sekali sibuk berjuang tetapi hubungan dengan Sang Pencipta tidak dipelihara…


“Jagalah Allah, Allah pasti akan menjaga kamu”

Semoga dengan sedikit perkongsian ini, dapat memberi  manfaat pada semua terutama pada diri saya sendiri..

Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment