Friday, 4 January 2013

Istiqamah dalam Perjuangan

Istiqamah satu perkataan yang terlalu mudah untuk disebut tetapi terlalu sukar untuk dilaksanakan... 
Aisyah r.a pernah ditanya oleh Masruq: "Wahai Aisyah! Apakah amalan yang paling digemari oleh Rasulullah SAW?" Jawab Aisyah: "Yang berterusan".

Daripada jawapan ringkas tersebut jelas kepada kita bagaimana istiqamah itu sesuatu yang paling penting dalam kehidupan lebih-lebih dalam kehidupan seorang da'ie... 

Sebagai seorang da'ie kita perlu yakin sesungguhnya keberadaan kita dalam jalan dakwah ini adalah suatu ketetapan Allah SWT...

Daie adalah ketentuan Ilahi dan anugerah. Ia bukanlah dimiliki oleh semua manusia.. Anuegerah bukan bermakna kita tidak perlu berusaha untuk memastikan anugerah ini tidak terlepas dari genggaman kita... 

Perjalanan dakwah dipenuhi dengan liku-liku badai yang sukar digambarkan sehingga kita pernah kedengaran betapa ramai mereka yang hebat telahpun gugur ataupun yang pergi tak kembali dari medan dakwah.... 

Justeru... Apakah makanisme yang perlu ada bagi diri seorang da'ie dalam memastikan dirinya terus thabat dalam perjalanan dakwah....? 

Thabat dalam perjuangan terlalu susah.. Takutlah jika diri kita salah seorang yang bakal kecundang dalam perjuangan.. Kecundang dalam perjuangan tidak pernah mengenal siapa.. Ahli biasa... pimpinan..murabbi atau mursyid dakwah...

Kita mungkin akan kecundang jika: 

1. Tiada keikhlasan dalam berjuang..
2. Kita mengasingkan diri dari jemaah.. 
3. Kita merasakan pendapat kita mengatasi pendapat jemaah.. 
4. Kita tidak merujuk sahabat-sahabat dan murabbi dakwah 
5. Kita tidak menyerahkan hati kita kepada Allah.. 

Berkata Sayyid Qutb: Sikap thabat adalah awal perjalanan menuju kemenangan... Sikap thabat yang akan menentukan sang pemenang antara dua kelompok.. 
Orang-orang mukmin barangkali tidak mengetahui bahawa musuh-musuh mereka menderita penderitaan yang lebih besar dan bahawa musuh-musuh Islam turut mengalami rasa sakit yang sama seperti yang dirasai oleh kaum muslimin...
Namun perbezaannya bahawa mereka musuh-musuh Islam itu tidak dapat memohon kepada Allah SWT seperti permohonan kaum muslimin... 
Mereka tidak akan dapat apa-apa bantuan dari Allah SWT yang akan memantapkan langkah dan hati mereka... 
Sesungguhnya jika kaum muslimin tetap thabat, nescaya musuh-musuh mereka akan segera hancur dan dikalahkan. Siapakah yang dapat menggoyahkan pendirian kaum muslimin sedangkan mereka thiqah (yakin) dengan salah satu dari dua kebaikan, hidup mulia dengan kemenangan atau syahid di jalan Allah.. 
Sementara musuh mereka tidak mengingini selain dunia dan bagi mereka tidak ada kehidupan lagi setelah mati....

No comments:

Post a Comment