1. PENDAHULUAN
Alhamdulillah
segala puji bagi Allah yang telah mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa hidayah
petunjuk kebenaran serta memberi pertolongan kepada hamba-hamba-Nya, dapat kami
menyiapkan satu set buku panduan usrah “Manhaj Qurani” yang
diterbitkan dalam enam siri.
Manual
Panduan Usrah Manhaj Qurani(MQ) ini disediakan adalah untuk
memudahkan dan memberi panduan kepada para Naqib/naqibah dalam melaksanakan
usrah
dan memberi tarbiah kepada para mad’u dengan memuatkan asas-asas penting yang berkaitan dengan usrah sebagai cadangan kepada para naqib/naqibah.
dan memberi tarbiah kepada para mad’u dengan memuatkan asas-asas penting yang berkaitan dengan usrah sebagai cadangan kepada para naqib/naqibah.
2.Difinisi
Usrah
Dari
segi bahasa, usrah bererti keluarga. Manakala dari segi istilah pula bererti
satu kumpulan yang dianggotai oleh beberapa orang individu muslim yang beriman
kepada Allah s.w.t yang diikatkan dengan pertalian akidah islamiah, berusaha
tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami Agama Islam yang mulia
serta menghayatinya dan cuba mewujudkan “biah solehah”
3.
RUKUN USRAH
Usrah tidak dapat dijalankan
dengan baik dan mencapai matlamat yang digariskan melainkan setiap ahli usrah
perlu memelihara 3 perkara penting usrah iaitu:
·
Al-Ta’aruf - Saling
kenal mengenali
·
Al-Tafahum - Saling
faham memahami
·
Al-Takaful - Saling
bantu membantu
Rukun Pertama : Al-Ta’aruf
Al-Ta’aruf
bermaksud saling kenal mengenali antara ahli usrah sehingga menimbulkan
perasaan kasih sayang yang mendalam kepada saudaranya yang seagama. Kasih sayang
yang dinamakan sebagai al-Hubbu fillah ( الحب فى الله ). Firman Allah s.w.t :
“Sebenarnya orang-orang yang beriman
itu adalah bersaudara”
(al-Hujurat
: 10)
Dan
sabda Rasulullah s.a.w bersabda :
تَرَى الْمُؤْمِنِينَ فِى تَوَادِّهِم
وَتَرَاحُمِهِمْ مِثْلُ الْجَسَدِ ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ
سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
( رواه البخاري والمسلم )
“Kamu
melihat orang-orang mukmin itu berkasih-sayang seperti satu jasad. Apabila
salah satu anggota badannya sakit, nesacya anggota-anggota yang lain turut
merasainya dengan berjaga malam dan demam”
(Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Oleh yang
demikian, setiap ahli usrah naqib/naqibah dan mad’u hendaklah mengenali saudara
mereka dengan mendalam seperti nama, latar belakang keluarga, tempat tinggal,
pengalaman, kecenderungan, minat dan sebagainya yang dapat mewujudkan satu
suasana kekeluargaan yang harmonis.
Rukun
Kedua : Al-Tafahum
Al-Tafahum bermaksud mewujudkan
sikap saling faham memahami dalam kalangan ahli usrah yang akhirnya dapat
melahirkan keselarasan dari segi sikap, pendirian, tindakan dan amalan dalam
melaksanakan ajaran Islam yang syumul.
Persefahaman yang baik dalam
kalangan ahli usrah dapat menghindarkan perasaan buruk sangka, iri hati, dendam
dan hasad dengki dan sekali gus dapat memupuk sikap-sikap yang positif seperti
hormat menghormati dan berkasih esame.
Oleh
itu, Naqib dan naqibah hendaklah sentiasa memainkan peranan pro aktif dalam
menerapkan nilai nilai murni kepada ahli dengan cara bermuhasabah dan nasihat
menasihati esame ahli. Firman Allah s.w.t :
“Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu Dalam
kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula
berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar”
(al-Asr :1-3)
Buku Manhaj Qurani (MQ) diterbitkan dalam enam siri yang
diguna pakai di sekolah-sekolah agama Yayasan Islam Kelantan(YIK)
diguna pakai di sekolah-sekolah agama Yayasan Islam Kelantan(YIK)
Rukun Ketiga : Al-Takaful
Al-Takaful bermaksud bantu membantu dan merupakan satu
sikap mulia yang perlu diamalkan oleh setiap ahli usrah. Setiap ahli hendaklah
sentiasa mengambil tahu keadaan setiap ahli yang lain dari kesihatan, kewangan
dan apa jua masalah yang mungkin menimpa ahli yang lain. Perkara ini dapat
dilaksanakan dengan cara bertanya khabar dan menziarahi mana-mana ahli yang
menghadapi masalah.
Sesungguhnya ini akan melahirkan suasana yang baik dan
memberi kesan di kalangan ahli. Malah
mereka merasakan diri mereka sentiasa dihargai dan diperlukan oleh setiap ahli
usrah yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w :
مَنْ أدْخَلَ
الْسُّرُورَ عَلَى أَهْلِ بَيْتِ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ لَمْ يَرَاللهُ جَزَاءً
دُونَ الجَنَّةِ
“Barang siapa yang memasukkan
kegembiraan ( menghilangkan kesusahan dan kesukaran ) kepada keluarga muslim,
nescaya Allah s.w.t tidak menentukan balasan kepadanya selain syurga”
4. Sejarah Usrah
Usrah merupakan
satu perkara yang menjadi sunnah yang paling besar dalam kehidupan Nabi
Muhammad SAW. Ini kerana, pada peringkat awal permulaan
dakwah Islamiyah, Rasulullah SAW telah menerima seruan Islam sacara
berseorangan, lalu ia dikongsikan dan disebarkan kepada ahli keluarga
Baginda yang terdekat, bermula dengan
Khadijah r.a, isteri Baginda sendiri dan sepupu Baginda, Ali r.a .Selain dari
itu, beberapa orang sahabat Rasulullah
SAW yang tedekat juga telah disampaikan dengan risalah agung ini,
contohnya Abu Bakar al-Siddiq r.a dan
tersebar pula kepada Othman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf r.a dan lain-lain
lagi.
Zaman
awal tersebut merupakan suatu zaman yang tertumpu kepada penjernihan fikrah
iaitu penjernihan kepada akidah
Islamiyah yang tulen. Rasulullah SAW pada ketika itu banyak berjumpa dan
mengajar sahabat-sahabat Baginda yang baru memeluk Islam, tetapi suasananya
penuh dengan kerahsiaan. Sebabnya mudah, kaedah dakwah yang dilakukan pada
ketika itu ialah dakwah fardiyah atau dakwah secara individu. Setiap
orang perlu menjaga keselamatan masing-masing. Ini kerana sekiranya ajaran yang
baru ini terdedah kepada umum pastinya ia akan mendapat reaksi yang
berbeza-beza dalam kalangan pihak Quraisy pada ketika itu.
Ayat-ayat
al-Qur’an yang diturunkan pula pendek-pendek. Mesejnya jelas, setiap hentian
membawa seseorang kepada memikirkan keindahan ayat-ayat tersebut. Rentaknya
pula sangat kena dengan hati yang berkarat, yang dipenuhi dengan anasir jahiliyah.
Apa yang kita dapat perhatikan ialah kebanyakan ayat tersebut berada di dalam
bahagian Mufassal al-Qur’an (dari surah Qaf, 50 hingga al-Nas, 114).
Isinya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk membersihkan pemikiran manusia
dari cengkaman keindahan hidup yang merosakkan, agar mereka mengetahui tujuan
hidup mereka, ke mana mereka akan dikembalikan, siapakah Tuhan mereka yang
sebenarnya patut disembah dan juga persoalan-persoalan asasi yang perlu
diketahui oleh seorang hamba.
Dalam
konteks tersebut, Rasulullah SAW telah membuat pertemuan-pertemuan sulit di
rumah beberapa orang sahabat. Antaranya yang paling masyhur sekali kisahnya
ialah pertemuan di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam yang mana pada ketika itu
beliau baru saja berusia 16 tahun. Ini sebenarnya satu kebijaksanaan yang ada
pada diri Rasulullah SAW sendiri yang sengaja tidak memilih untuk mengadakan
sebarang pertemuan di rumah-rumah sahabat Baginda yang terdekat seperti Abu
Bakar r.a, supaya pertemuan-pertemuan sulit ini tidak mudah diketahui oleh pihak
Quraisy. Pertemuan-pertemuan dibuat bertujuan untuk membenihkan nilai-nilai
Islam kepada ahli-ahlinya. Namun, pada ketika itu majlis-majlis seperti ini
tidak disebut sebagai usrah. Akhirnya, dengan kesungguhan usaha yang
dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat, umat Islam akhirnya semakin
hari semakin bertambah bilangan mereka. Islam mula mendapat tempat di hati
manusia pada waktu itu terutama sekali selepas berlakunya hijrah Rasulullah SAW
bersama para sahabat ke Madinah al-Munawwarah. Semasa di Madinah,
usaha-usaha untuk mengumpulkan umat Islam semakin giat dijalankan oleh
Rasulullah SAW dan para sahabat r.a. Malah tugasnya menjadi lebih mudah kerana
di Madinah, antara perkara pertama yang dilakukan oleh Baginda SAW ialah
mendirikan sebuah masjid yang dijadikan tempat berkumpul bagi umat Islam dan
tempat untuk menyuburkan dakwah Islamiyah melalui usrah.
Selepas berlalunya zaman tersebut, Islam
kembali menjadi asing. Suatu janji yang
disebutkan sendiri oleh Rasulullah SAW :
بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيْبًا وَسَيَعُودُ كَمَا
بَدَأَ غَرِيْبًا .فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ
(رواه مسلم)
“Islam bermula dalam keadaan gharib (asing)
dan akan kembali menjadi gharib (asing) semula. Maka beruntunglah orang-orang
yang asing”
(Riwayat Muslim)
Kini,
kita melihat jahiliyah kembali berleluasa, ia berlaku dengan lebih
rancak lagi setelah kejatuhan Khilafah Islamiyah yang terakhir di Turki
pada tahun 1924 M. Umat Islam pula semakin jauh dengan masjid-masjid mereka
yang menyebabkan tugas untuk menyampaikan seruan Islam kembali menjadi sukar.
Masjid-masjid dilihat tidak lebih hanyalah sebagai satu tempat untuk beribadat
bagi golongan pencen yang sedang menunggu saat dan ketika sebelum sampainya
ajal yang ditetapkan oleh Allah SWT dan juga sebagai tempat upacara melakukan
akad nikah.
Menyedari hakikat inilah, Hassan
al-Banna (1906-1949) telah memulakan usaha-usaha untuk mengembalikan ember Khilafah
tersebut. Antara perkara yang diperhatikan oleh beliau ialah bagaimana
institusi keluarga telah runtuh dan gagal dalam membentuk peribadi muslim yang
tulen. Ibubapa gagal mendidik anak-anak mereka dengan tarbiyah Islamiyah
yang betul. Maka dari situ, lahirlah satu ember yang mengumpulkan orang-orang
yang ingin berubah dan mengubah di dalam satu kumpulan khusus yang dinamakan usrah.
Pada peringkat awalnya, beliau telah memilih beberapa orang dalam kalangan
sahabat beliau sendiri yang mempunyai kesedaran Islam yang tinggi dengan
mengumpulkan mereka di beberapa tempat yang tertentu bagi membentuk
tenaga-tenaga yang mampu untuk melakukan perubahan atau transformasi dalam
masyarakat. Akhirnya kaedah mengumpulkan individu-individu dalam satu kumpulan
bagi menyuburkan benih-benih Islam semakin berkembang dan seterusnya berkembang
ke seluruh pelusuk dunia walaupun setelah kewafatan Imam al-Syahid Hassan
al-Banna sendiri.
6.
MATLAMAT DAN TUJUAN USRAH
Usrah merupakan suatu perkara yang penting dalam proses
tarbiah kerana ia berfungsi sebagai satu medium untuk menjayakan matlamat
pendidikan dan menjadikan setiap individu muslim patuh dan iltizam dengan
perintah Allah s.w.t. Antara tujuan dan matlamat utama usrah ialah :
·
Mendekatkan
individu muslim kepada Allah Azza Wajalla.
·
Menambahkan
penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab anggota usrah terhadap
ajaran Islam secara peribadi dan jemaah.
·
Meningkatkan
thaqafah islamiah dan dapat mengetahui sikap Islam terhadap satu-satu isu yang
berlaku.
·
Menghubungkan
anggota usrah secara langsung dengan al-Quran dan al-Sunnah.
·
Membina
satu generasi al-Quran yang beramal dengan ajaran Islam secara menyeluruh serta
menghayatinya dalam kehidupan peribadi, keluarga dan masyarakat.
·
Menyediakan
anggota usrah yang mampu bekerja untuk Islam.
7.
TUGAS DAN PERANAN NAQIB DAN NAQIBAH
Naqib/naqibah
bertanggungjawab dalam memastikan ketiga-tiga rukun usrah tercapai. Oleh itu,
cubalah saudara ikhwan perhatikan beberapa cadangan dan peranan yang perlu
dilaksanakan oleh naqib/naqibah :
·
Pastikan
setiap mad’u bersedia dengan segala keperluan usrah seperti al-Quran, teks
usrah “Manhaj Qurani(MQ)”, buku catatan dan nota-nota yang
berkaitan (jika perlu). Pastikan mad’u dapat membaca al-Quran dengan betul.
·
Mewujudkan
“Biah Islamiah” dalam kalangan pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK).
·
Menggalakkan
tolong menolong dalam kebajikan dan takwa.
·
Menjalankan
sesi muhasabah terhadap mad’u. Gunakan kebijaksanaan semasa muhasabah dan
terapkan nilai-nilai mulia dan terpuji (mahmudah) serta cuba latih mad’u untuk
menhindari sifat-sifat tercela (mazmumah).
·
Melatih
mad’u supaya istiqamah dengan amalan rutin yang wajib sebagai
ahli usrah/jemaah seperti bacaan al-Quran, wirid-wirid( mathurat dll ),
menghafaz surah-surah dan hadith 40 dari “Manhaj Qurani” mengikut
ketetapan yang diberikan sebelum pertemuan usrah.
·
Mencadangkan
dan menggalakkan mad’u membaca buku-buku, majalah-majalah tertentu untuk
menambahkan thaqafah islamiah dalam kalangan ahli usrah.
·
Menyelesaikan
masalah anggota usrah secara peribadi atau masalah amal jamai’e dengan ruh
ukhuwah islamiah.
·
Mencungkil bakat-bakat terpendam yang ada
dalam kalangan ahli usrah.
·
Usahakan
supaya kumpulan usrah mempunyai tabung yang akan dipungut pada setiap kali
pertemuan. Jumlah kutipan bergantung kepada persetujuan ahli usrah walaupun
sedikit.
·
Hidupkan
suasana usrah yang ceria supaya usrah lebih berjaya dan menyeronokkan. Sekali
sekala naqib/naqibah dicadangkan untuk membawa mad’u berusrah di luar kawasan
sekolah.
·
Naqib/naqibah
bertanggungjawab untuk mengembang dan mengikuti perkembangan kemajuan syakhsiah
mad’u. Justeru, naqib/naqibah hendaklah mempunyai buku diari anggota usrah yang
mencatatkan segala maklumat ahli usrah. Ini membolehkan naqib/naqibah mengenali
kebolehan, keistimewaan dan komitmen mad’u.
8.
PRA-SYARAT SEORANG NAQIB DAN NAQIBAH
·
Mempunyai
ilmu syarak yang mencukupi supaya boleh mengenali yang mana halal dan yang mana
haram.
·
Faham
dan nyata fikrah harakah islamiah dari segi matlamat dan uslubnya.
·
Iltizam
yang sempurna dengan perintah dan larangan syarak supaya dapat menjadi qudwah
hasanah secara amali kepada ahli usrah.
·
Patuh
kepada arahan yang telah diputuskan.
9. ADAB-ADAB USRAH
·
Mengikhlaskan
diri kepada Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya :
“ Pada hal mereka tidak diperintahkan
melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi
tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta
memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar”
(al-Bayyinah
: 5)
·
Berazam
untuk memperolehi ilmu dan beramal dengan ilmu yang diperolehi. Sabda
Rasulullah s.a.w :
كُونُوا لِلْعِلْمِ
رُعَاةً وَلاَ تَكُونُوا لَهُ رُوَاةً
“Jadilah
kamu orang yang memelihara ilmu dan
janganlah kamu jadi orang yang meriwayatkan ilmu”
(Hadith
riwayat Abu Nuaim)
·
Setiap
ahli usrah hendaklah sampai ke tempat usrah tepat pada waktu yang dijanjikan.
Sebarang kelewatan dan keuzuran hendaklah dimaklumkan kepada naqib/naqibah.
·
Setiap
ahli hendaklah terlebih dahulu membaca dan cuba memahami teks usrah yang akan
dibincangkan.
·
Bersedia
mengikuti peraturan dan arahan. Sabda Rasulullah s.a.w :
لاَ إِسْلاَمَ إِلاَّ
بِجَمَاعَةٍ وَلاَجَمَاعَةً إِلاَّ بِقِيَادَةٍ وَلاَ قِيَادَةً إِلاَّ بِطَاعَةٍ
“Tidak ada Islam tanpa jemaah,
tidak ada jemaah tanpa
kepimpinan, dan tidak ada
kepimpinan tanpa ketaatan”
·
Memberi
salam dan meminta izin setelah sampai ke tempat usrah. Firman Allah s.w.t :
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih
dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian
adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan
yang sopan itu)”
(al-Nur :27)
·
Memulakan
majlis dengan pujian kepada Allah s.w.t, selawat dan salam ke atas Rasulullah
s.a.w, kemudian diikuti dengan bacaan al-Quran.
·
Setiap
ahli yang datang ke majlis usrah hendaklah dengan hasrat untuk mengukuhkan
ukhuwah dan berkasih-sayang kerana Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w :
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ
اللهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله وسلم إِنَّ اللهَ يَقُولُ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ
أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلاَلِي اليَوْمَ
أُظِلُّهُمْ فِى ظِلِّي يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلِّي
(رواه مسلم)
“Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman pada hari qiamat: Manakah orang-orang yang
saling cinta mencintai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini, Aku berikan
Naungan-Ku kepada mereka iaitu pada hari yang tiada naungan melainkan
naungan-Ku sendiri”
(Riwayat Muslim)
·
Berbincang
dengan suara yang rendah sekira-kira dapat didengari dan difahami oleh angota
yang hadir. Seboleh-bolehnya jauhi daripada ketawa dan bergurau secara berlebihan.
·
Mewujudkan
suasana ukhuwah islamiah. Berbincanglah dengan suasana yang harmoni serta
bersikap terbuka untuk menerima pandangan orang lain.
·
Hendaklah
memberi teguran yang membina dan bukannya berniat untuk menjatuhkan maruah atau
mempersendakan mana-mana individu. Sabda Rasulullah s.a.w :
إِنَّ اللهَ أَوْحَى
إِلَيَّ أَنْ تَوَاضَعُوا حَتَّى لاَ يَفْخَرَ أَحَدٌ عَلَى أَحَدٍ وَلاَ يَبْغِى
أَحَدٌ عَلَى أَحَدٍ
“Sesungguhnya Allah telah
mewahyukan kepadaku supaya kamu bertawaduk, sehingga tidak bermegah oleh
seseorang di kalangan kamu ke atas seorang yang lain dan tidak melampau oleh
seseorang di kalangan kamu ke atas seorang yang lain”
(Riwayat Muslim)
·
Jauhkan
dari mengumpat, mengata dan mencaci mana-mana peribadi atau pertubuhan.
·
Akhiri
majlis dengan membaca Tasbih Kaffarah dan surah al-Asr secara sedar dan
memahami serta menhayati maknanya. Sabda Rasulullah s.a.w :
عن
أبي بَرْزَةَ الأَسْلَمِيِّ قال كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله وسلم يَقُولُ بِأَخَرَةٍ إِذَا
أَرَادَ أَنْ يَقُومَ مِنَ الْمَجْلِسِ سُبْحَانَكَ اللهُمَّ وَبِحَمْدِكَ
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّكَ لَتَقُولُ قَوْلاً مَا كُنْتَ تَقُولُهُ
فِيْمَا مَضَى فَقَالَ كَفَّارَةٌ لِمَا يَكُونُ فِى الْمَجْلِسِ “Dari
Abu Barzah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda di akhir ketika Baginda s.a.w
hendak berdiri dari majlis yang bererti : “Maha Engkau ya Allah dan aku
mengucap pujian-pujian kepada-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain
Engkau, aku memohon keampunan dan taubat dari-Mu”. Kemudian seorang lelaki
berkata :Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Tuan mengucapkan satu ucapan yang belum
pernah Tuan ucapkan sebelum ini”. Baginda s.a.w bersabda: “Yang demikian itu
adalah sebagai kaffarah (penebus) dari apa saja( kekurangan atau kesalahan yang
terdapat dalam majlis itu ).
(Riwayat Imam
Abu Daud,dan juga daripada Imam Hakim dalam Kitab al-Mustadrak dari riwayat
Aisyah r.ha dan mengatakan hadis ini sahih isnadnya)
10. PELAKSANAAN USRAH
·
Usrah
diadakan setiap
satu minggu sekali atau tiap-tiap dua minggu sekali dan merupakan program
tarbiah yang tetap.
·
Majlis usrah dikendalikan oleh
seorang atau dua orang naqib/naqibah yang dipimpin oleh guru( murabbi ).
·
Guru-guru pembimbing akan diselia
oleh seorang ketua (mursyid).
·
Penentuan naqib/naqibah adalah
seperti berikut:
i.
Usrah Pelajar Biasa
NAQIB/NAQIBAH
|
MAD’U
|
Tingkatan 3
|
Tingkatan 1
|
Tingkatan 4
|
Tingkatan 2
|
Tingkatan 5
|
Tingkatan 3
|
Tingkatan 6
|
Tingkatan 4
|
Guru*
|
Tingkatan 5*
|
Guru*
|
Tingkatan 6*
|
*Usrah Tingkatan 5 dan 6 dikendalikan
oleh guru secara usrah umum dan dibahagikan kumpulan-kumpulan kecil daripada kumpulan
besar tersebut. Naqib/naqibah akan meminta wakil dari setiap kumpulan untuk
membuat pembentangan pada setiap kali usrah diadakan.
ii.
Usrah Nuqaba’
NAQIB/NAQIBAH
|
MAD’U
|
Tingkatan 5
|
Tingkatan 3
|
Tingkatan 6
|
Tingkatan 4
|
Guru
|
Tingkatan 5
|
Guru
|
Tingkatan 6
|
·
Setiap kumpulan usrah dianggotai
oleh 7 – 10 orang ahli. Setiap kumpulan usrah hendaklah melantik seorang ketua
dan bendahari.
·
Setiap
kumpulan usrah perlu mempunyai buku maklumat yang mengandungi :
i.
Nama
ahli usrah.
ii.
Nama
ketua
iii.
Nama
Bendahari
iv.
Rekod
kehadiran
v.
Rekod
bayaran tabung usrah
vi.
Skop
perbincangan
vii.
Tarikh
dan masa
viii.
Tempat
ix.
Catatan
·
Menggunakan teks usrah MQ dan
beberapa buku rujukan jika perlu.
·
Naqib/naqibah menetapkan silibus
usrah yang akan dijalankan kepada semua ahli sebagai persediaan sebelum majlis
usrah berlangsung. Sebaik-baiknya naqib menentukan siapakah ahli yang
dipertanggungjawabkan untuk membentangkan isi usrah.
·
Setiap hadith 40 dari buku MQ
hendaklah dihafaz oleh naqib/naqibah atau ahli sebelum usrah dijalankan.
·
Setiap
ahli hendaklah memberi perhatian dan membuat catatan isi perbincangan usrah.
·
Setiap
sesi usrah mestilah diakhiri dengan kesimpulan atau rumusan oleh naqib/naqibah.
·
Pengisian
bahan usrah adalah seperti berikut :
1
|
Muqaddimah
/ bacaan al-Quran
|
5 minit
|
2
|
Pembentangan
Hadith 40
|
10
minit
|
3
|
Pembentangan
sirah / maza ya’ni
|
10
minit
|
4
|
Perbincangan
bahan usrah / isu
|
30
minit
|
5
|
Kesimpulan
|
5
minit
|
60
minit
|
11. KESIMPULAN
Sesungguhnya
usaha yang murni ini perlu mendapat sokongan daripada semua pihak seperti pihak
pentadbir sekolah, ibubapa, para guru dan juga pelajar. Usrah adalah salah satu
usaha yang dilihat dapat membantu dan mendidik para pelajar dan juga masyarakat
dalam menghayati ajaran Islam yang termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Bahkan ramai pemimpin Islam yang digeruni dan dihormati oleh kawan dan lawan
lahirnya melalui proses tarbiah usrah yang tersusun.
Semoga
mereka yang melalui dan mengikuti usrah ini dapat menghadapi cabaran zaman yang
semakin hebat dan tidak berkesudahan seterusnya dapat mencapai dan
merealisasikan apa yang telah menjadi moto kepada buku Manhaj Qurani ini iaitu “Membina
Generasi al-Quran”.
Ihsan
Us Hisyam MMPM
No comments:
Post a Comment