Tuesday, 18 December 2012

Dakwah Fardiah : Penyumbang Kejayaan dalam Dakwah


Dakwah adalah satu tugas yang sangat mulia. Tidak semua manusia yang dipilih oleh Allah SWT untuk memikul amanah dakwah ini. Justeru, setiap pendukung dakwah janganlah sentiasa mengelak untuk melaksanakan tugas yang mulia ini. Firman Allah Taala yang bermaksud :

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Fussilat : 33)

Begitu juga ganjaran pahala terlalu besar bagi mereka
yang melaksanakan tugas dakwah ini. Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
“Jika Allah SWT member hidayah kepada seorang lelaki kerana usaha dari kamu, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari”
(Riwayat : al-Tabarany)
Dalam gerak kerja dakwah, menyeru manusia ke jalan Allah adalah merupakan permulaan kepada gerak kerja dakwah yang penting. Peringkat ini dikenali sebagai Marhalah Ta’arif.
Dalam gerak kerja dakwah ini kita boleh bahagikan kepada dua iatu dakwah secara umum yang dilaksanakan melalui ceramah, kuliah, pidato dan penulisan. Manakala dakwah secara khusus pula dikenali sebagai Dakwah Fardiah.
Pada kali ini, in sya Allah saya akan cuba berkongsi mengenai Dakwah Fardiah yang merupakan faktor yang besar dalam menyumbangkan kejayaan dakwah. Perbincangan mengenai dakwah Fardiah berkisar kepada maksud dakwah fardiah dan methodologi serta marhalah dakwah fardiah.
Maksud Dakwah Fardiah
Dakwah Fardiah ialah dakwah yang menuntut para dai’e berhubung terus secara langsung atau tidak langsung dengan sasaran dakwahnya di mana usaha-usaha ini mempunyai jalinan erat dengan tanzim jemaah.
Hakikat dan Realiti Muslim Hari ini
Jika kita perhatikan di sekeliling kita, (maaf kalau terkasar) realiti umat Islam termasuk rakan-rakan, saudara-saudara dan kaum kerabat kita yang berada di sekeliling…seolah-olah mereka tidak  menyedari bahawa mereka itu seorang Muslim.. Sebagai contoh ketika azan berkumandang.. terutama azan maghrib..Hidup ini seolah-olah tidak bertuhan.. Kenapa ? Jika kita melewati kawasan pasar malam untuk ke masjid.. ketika ini manusia sibuk dengan urusan jual beli tanpa rasa bersalah….Hidup bertuhankan harta dan kemewahan..sanggup lakukan apa saja asalkan hajat terlaksana…tanggungjawab diri sebagai muslim tak pernah diambil tahu.. program-program realiti TV.. kalau nak hitung… yang berfaedah dan yang lagha… sudah tentu yang lagha itu lebih banyak… Tabiat dan sifat mereka pula berbagai-bagai…
Oleh itu untuk menjadi dai’e pada zaman kini memerlukan senjata yang mempunyai peluru yang banyak…kerana sasaran yang mesti dihadapi juga terlalu banyak..

Jika 10 tahun yang lalu seorang dai’e memerlukan 10 peluru untuk satu-satu operasi dakwah… tetapi hari ini seorang dai’e memerlukan 100 peluru untuk menyelesaikan satu-satu operasi dakwah…
Walau apa alasan sekalipun, golongan ini perlu dikejutkan, kerana mereka masih lena..Jangan biarkan mereka sebegitu..mereka perlu dikejutkan sehingga mereka juga mampu menjadi sebahagian daripada amilin-amilin yang turut serta dalam memberi saham kepada dakwah.. Biarlah kalau ada yang marah dan mencerca ketika mengejutkan mereka dari lena… kerana itu sebahagian daripada rencam dunia dakwah…
Siapa yang perlu mengejutkan mereka ? dan bagaimanakah caranya ?
Kita sebenarnya sama-sama mempunyai amanah dakwah di dunia ini..Justeru, kita yang mempunyai sedikit kesedaran ini perlu menyedarkan saudara-saudara dan sahabat-sahabat yang masih lena diulit mimpi….Kita bukanlah seorang yang alim tetapi kita mempunyai sedikit kesedaran…
Antara pendekatan yang paling berkesan dalam mengetuk kesedaran manusia ialah dakwah fardiah…iaitu dakwah secara individu yang mempunyai beberapa marhalah sebagaimana yang digariskan oleh Dr Mustafa Masyhur. Penggunaan kaedah dakwah fardiah bukan sahaja mampu mengejukkan mereka yang sedang lena tetapi juga mampu menarik mereka untuk terlibat secara aktif dalam gerakan Islam bersama-sama.
MARHALAH PERTAMA
·         Wujudkan hubungan dengan mad’u dan menangi hatinya tanpa berbincang apa-apa tajuk mengenai dakwah sehingga terbuka hatinya.
·         Jangan sekali-kali letakkan apa-apa lambang yang menunjukkan identiti anda.
·         Memerlukan masa beberapa minggu. Tidak mengapa mangambil sedikit masa kerana “Masa juga adalah sebahagian dari proses pengubatan”.
·         Letakkan apa-apa saja “umpan” yang dia suka.

MARHALAH KEDUA
·         Bangunkan iman yang lesu di jiwa mad’u dan bincangkan soal iman secara tidak lansung seperti menilai keagungan Allah SWT dan bawakan kisah-kisah umat terdahulu atau apa-apa cerita teladan yang beralaku zaman sekarang yang membuktikan janji-janji Allah SWT.
·         Lihatlah bila keadaan yang sesuai untuk memulakan topik soal-soal keimanan ini.

MARHALAH KETIGA
·         Membantu untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT
·         Biasakan diri dengan melakukan ibadah secara konsisten walaupun sedikit.
·         Jauhi maksiat kerana maksiat akan menutup pintu hati daripada melihat kebanaran
·         Berakhlak dengan akhlak Islam dalam tutur kata dan perbuatan
·         Bina suasana islamik atau biah solehah

MARHALAH KEEMPAT
·         Semua lapangan kehidupan boleh menjadi ibadat dengan hanya memperbetulkan niat yang ikhlas kepada Allah SWT walaupun dalam urusan keduniaan sekalipun tetap boleh menjadi ibadat dan mendapat ganjaran pahala dari Allah Azza Wa Jalla.

MARHALAH KELIMA
·         Menjelaskan Islam adalah system hidup yang syumul dalam semua lapangan ibadah, muamalat, perundangan, daulah, jihad dan ummah. Semua lapangan kehidupan di dunia ini telah manual yang lengkap dari al-Quran dan juga hadith Nabi SAW
·         Menegakkan Islam adalah tanggungjawab semua umat Islam.
·         Melahirkan rasa tanggungjawab umum terhadap Islam supaya dia tidak mengasingkan diri

MARHALAH KEENAM
·         Menegakkan DAULAH yang dapat melaksanakan kesyumulan Islam tidak boleh dilakukan secara bersendirian tetapi mesti dalam jemaah atau harakah Islamiah.

MARHALAH KETUJUH
·         Marhalah yang paling sensiti. Di sini mungkin mad’u akan bertanya : Jemaah manakah yang perlu diikuti ? Jangan tergesa-gesa memberitahu jawapannya teta[I sebaliknya sebutlah cirri-ciri jemaah yang disebut dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi SAW.

Sekian
@Tegakkan Islam dalam diri, nescaya ia tertegak di atas muka bumi.

No comments:

Post a Comment