Assalamualaikum w.b.t……
Al-hamdulillah…. Hari ini saya berkesempatan
untuk meneruskan sedikit coretan dalam ruangan ini.. Hari ni… nak sebut tentang
usrah sikit… Ada orang kata : “Usrah bukanlah segala-galanya … tetapi
segala-galanya perlukan usrah”…. Benar atau tidak ? Hanya orang yang pernah
melalui pengalaman berusrah bertahun-tahun
sahaja
yang mengetahui dan merasainya…
yang mengetahui dan merasainya…
Mungkin setengah orang… tiada apa pun pada
usrah…
Tak apelah,Tapi bagi saya sendiri… saya
memperolehi banyak manfaat daripada usrah ini….
·
Saya dapat memperolehi ilmu daripada
sahabat-sahabat apa yang saya tiada
·
Saya memperolehi pengalaman mereka untuk saya
kongsikan dengan mad’u saya dan diri saya sendiri
·
Saya dapat “mencuri” skil dan kemahiran
sahabat ,untuk kegunaan saya dalam perjalanan..
·
Saya mendapat kekuatan setelah merasai
kelemahan dalam perjalanan dakwah… kerana keikhlasan yang ada pada mereka…
·
Saya dapat merasai benar-benar manisnya
ukhuwwah Islamiyah yang dibina
·
Yang paling kita tunggu-tunggu ialah kata-kata
semangat dari Murrabi yang telah mempunyai pengalaman dan susah payah dalam
perjalanan dakwah….
Saya begitu terkesan seandainya Murrabi memberikan kata-kata
nasihat bila diminta…. Kenapa? Mungkin itulah yang dikatakan percakapan yang
lahir dari hati…atau bahasa hati… Ya.. memang seseorang yang ikhlas akan
berbicara dengan hati….
LAHIRNYA DARI HATI.. PASTI AKAN
SAMPAI KE HATI JUGA
Pernah.. pada satu ketika, saya merasa kurang semangat….
Bermacam-macam yang bermain di fikiran disebabkan sedikit ujian… Bukan beratpun
jika nak dibandingkan dengan orang lain… Hanya dua jawapan yang diberikan :
·
Kalau jiwa kamu besar, masalah yang besar akan jadi kecil…
tapi kalau jiwa kamu tu kecil, masalah yang kecil akan jadi besar……
·
Jika kamu yakin perjalanan yang kamu lalui ini benar, maka
bersedialah untuk berkorban harta, masa, tenaga dan segala-galanya….
TAPI….Jika kamu
yakin apa yang kamu lalui ini salah, apa yang kamu nantikan lagi.. Janganlah
berlengah, tinggalkan sahaja perjalanan ini…
Aduh! sungguh
berbisanya kata-kata seorang yang telah membuktikan pengorbanan dan
menghambakan dirinya kepada Tuhan yang Maha Agung dalam perjalanan dakwah ini….
No comments:
Post a Comment