Tuesday, 18 December 2012

Tanggapan PRU..


Bismillahirrahmaanirraahim….
Ahamdulillah.. Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi… yang telah memberi kekuatan kepada saya untuk sama-sama berkngsi ilmu dan pengalaman di alam maya ini… walaupun menyedari saya bukanlah orang mempunyai ilmu yang banyak yang layak digelar alim dan faqeh dalam agama apatah lagi ingin digelar sebagai ulama sebagaimana sahabat-sahabat yang lain yang telah pun mendapat gelaran ulama… seperti ulama muda dan berbagai-bagai gelaran yang tersohor…  Namun itu semua tidak seharusnya menjadi alasan bagi saya sendiri untuk tidak sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman di dalam maya ini…..

Sahabat-sahabat sekalian..
Ketika artikel ini ditulis… Kita semua sedang berteka-teki
bilakah tarikh PRU ke 13 akan diumumkan oleh Perdana Menteri yang memegang tampuk pemerintahan Negara… Jadi apabila kita menyebut tentang pilihanraya…. Sebenarnya, pilihanraya itu sendiri dilihat dalam kaca mata yang berbeza-beza di antara seseorang individu dengan individu yang lain… Perbezaan ini boleh jadi berlaku dengan sebab berbezanya latar belakang pengajian seseorang yang berbeza… atau latar belakang pengajian yang sama tetapi keyakinan tentang balasan dan janji Allah SWT di hari akhirat yang berbeza… Ada yang terlalu yakin dengan janji Ilahi… dan ada juga yang hanya percaya tapi tidak yakin….

Sahabat-sahabat sekalian….
Golongan manusia yang berbeza tanggapan terhadap pilihanraya ini ada beberapa golongan :

1.       Golongan yang menganggap urusan pilihanraya ini tiada kaitan dengan urusan yang akan disoal pada hari pembalasan nanti.

2.       Golongan yang menganggap urusan pilihanraya ini ada kaitan dengan akhirat tetapi tidak mampu untuk membezakan di antara puak yang memperjuangkan kebenaran dan puak yang memperjuangkan kebatilan.

3.       Golongan yang membidaahkan pilihanraya kerana Rasulullah SAW tidak pernah menyertai mana-mana pilihanraya.

4.       Golongan yang melihat pilihanraya salah satu daripada urusan akhirat dan mampu menilai puak yang memperjuangkan kebenaran dengan puak yang memperjuangkan kebatilan tetapi tidak sanggup untuk sama-sama memperjuangkan kebenaran yang telah diyakini.

5.       Golongan yang mampu menilai di antara kebenaran dan kebatilan dan sanggup sama-sama bersusah payah untuk memperjuangkan kebenaran yang telah diyakini.

Sahabat-sahabat sekelian…
Seseorang yang menjenguk kepada sirah Rasulullah SAW pastinya akan merasa terpanggil untuk sama-sama memperjuangkan kebenaran… kerana Allah SWT menyeru orang-orang yang beriman dalam surah al-Saff ayat 10-11 yang bermaksud :
 “Wahai orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
 Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

Dalam ayat ini jelas menunjukkan kepada kita, antara pra-syarat mendapat kejayaan di akhirat nanti ialah kesanggupan untuk memberi sumbangan dalam menegakkan agama Allah. Janganlah terlalu banyak alasan dan kedekut dengan harta, masa dan kesihatan yang dianugerahkan oleh Allah Taala kepada kita. Bab kata orang-orang cerdik :
BERSYUKURLAH DENGAN NIKMAT
JANGAN KUFUR NIKMAT
Oleh itu :
JANGAN BERALASAN UNTUK TIDAK BERJUANG
TAPI
BERALASANLAH UNTUK BERJUANG

Dalam Perang Tabuk yang berlaku dalam bulan Ramadhan mithalnya… Antara alasan yang diberi oleh mereka yang tidak ingin ikut berperang ialah :
Takut terfitnah dengan wanita-wanita Rom yang cantik-cantik
Lalu turunlah ayat :
 Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata: "Izinkanlah Aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah Engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah ". ketahuilah, mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu).
(al-Taubah : 49)
Ayuh ! Sahabat-sahabatku sekelian… Jangan lagi beralasan..
Sesungguhnya kita ini terlalu lemah…
Langkah kita tidak sehebat para sahabat…
Iman kita juga tidak seteguh Khabbab ibn Arath…
Keberanian kita tidak setara dengan Umar ibn al-Khattab

Kita saling memerlukan antara satu sama lain .. untuk menampung segala kekurangan dan segala bentuk kelemahan yang ada pada kita..
Harapan saya… SEMOGA ALLAH MEMILIH DAN MENGANUGERAHKAN KEPADA KITA UNTUK HIDUP SEBAGAI SALAH SEORANG YANG MEMBELA AGAMANYA…

No comments:

Post a Comment