Saturday, 11 May 2013

Mari muhasabah diri

Bismillahirahmanirrahim...
Salam perjuangan.. buat semua teman-teman dan para pecinta kebenaran.. Syukur al-Hamdulillah.. kerana masih lagi mengurniakan kemenangan kepada kepada PR untuk memerintah di tiga buah negeri di Malaysia..Kita telah berusaha dan menyerahkan segala usaha kita melalui doa dan munajat kita kehadhrat Allah untuk diberikan kemenangan di peringkat persekutuan..Namun itu saja yang Allah Taala tentukan bagi kita..
Jika nak dibicarakan tentang hikmatnya kenapa? Tentu sekali banyak hikmatnya.. Teman-teman sekalian.. 
Kita berjuang untuk menang, Dan Allah telah memberikan kita kemenangan sebelum menang... tetapi kadang-kadang kita lupa, setelah kemenangan.. kita pula yang tewas hanya dengan sedikit ujian. Walaupun sebelum itu kita menang menghadapi ujian yang lebih besar..
Teman-teman sekalian, mari kita muhasabah tentang isu kepimpinan yang melanda sebuah kerajaan Islam di bumi Serambi Mekah...
Bagi mereka yang sentiasa hidup dalam bulatan usrah tidak perlu untuk frust atau tidak berpuas hati.. Jika ada.. cepat-cepatlah pujuk hati.. 
Jika sebelum ini.. kita sentiasa bercerita tentang suasana tegang selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW, iaitu setelah 23 tahun memimpin dan mentarbiah para sahabat... juga adalah kerana isu kepimpinan.. Akhirnya Saidina Abu Bakar dipilih menjadi khalifah yang pertama... pun begitu masih ada yang tak berpuas hati.. sehingga ada yang murtad..
Kita dan juga pemimpin-pemimpin kita juga sering bercerita tentang hebatnya Panglima Khalid al-Walid.. Saidina Umar r.a telah melucutkan jawatan beliau kerana bimbangkan akidah umat Islam di waktu itu yang melihat betapa setiap peperangan yang dipimpin oleh Khalid al-Walid pasti akan menang...Di mana Allah?
 Maka hari ini.. setelah mentadbir dan mendidik rakyat kelantan selama 23 tahun.. akhirnya Tok Guru berundur.. ramai yang terkejut.. Belum pun reda kejutan yang pertama.. sekali lagi mereka dikejutkan dengan panglima perang hebat yang dibimbing dan ditarbiah oleh Tok Guru.sendiri.. juga terpaksa berundur..
Skripnya hampir sama..walau tak sama..
Bukan kita tak pernah dengar: 
"PAS hebat kerana Tok Guru..
"PAS hebat kerana adanya pemimpin sehebat YB Dato' Husam Musa.. "
Sedar atau tidak.. sikit demi sedikit kebergantungan kita kepada Allah Taala sedikit terhakis.. Inilah akidah..
Bagi orang yang beriman melihatnya sebagai satu tarbiah dari Allah..
Tarbiah Allah sukar dibaca.. ianya pelbagai..
Insiden yang berlaku ini sebenarnya.....
1.Allah Taala ingin mentarbiah pemimpin yang hebat..
Pemimpin yang hebat tidak akan mempertikaikan kenapa ia tidak dilantik... kerana pemimpin yang hebat juga tidak rasa dirinya hebat.. sebagaimana Khalid al-Walid hanya akur menerima keputusan..
Sama ada senang atau susah..
Suka atau tidak..
Inilah baiah kita..
2. Allah Taala ingin memperbetulkan akidah kita yang kini banyak bergantung dengan aura pemimpin..
Pandangan ini..hanya pandangan peribadi saya sebagai jentera bawahan yang serba dhaif dari segi ilmu dan pengalaman..Jika ada kekurangan saya pohon kemaafan..pandangan ini hanyalah sebagai ingin memperteguhkan jiwa saya dan teman-teman saya yang seusrah dengan saya.. Jika ada yang berbeza pendapat...Ianya bukan sebagai penyebab yang akan merosakkan kesatuan di antara kita yang telah lama utuh...Musuh sedang menanti masa yang sesuai untuk bertepuk tangan...
Kepada kepimpinan yang baru.. kami doakan semoga kepimpinan ayah-ayah dan abang-abang kami ini akan diredhai oleh Allah Taala dan mendapat pertolongan-Nya...Jika berdiri di atas landasan yang benar kami bersama kalian....................
Wallahu A'lam....