Friday, 21 December 2012

Sumayyah binti Khaiyat r.a : Hidup dan Mati kerana Allah


Add caption
Sumayyah binti Khaiyat r.a ialah seorang hamba kepada Abu Huzaifah bin al-Mughirah Abdullah bin Umar al-Ansi iaitu seorang pembesar Quraisy. Oleh kerana Sumayyah adalah seorang anak yatim piatu, beliau telah tinggal bersama Abu Huzaifah semenjak kecil lagi. Sumayyah merupakan seorang hamba yang setia dan sangat patuh kepada setiap arahan tuannya menyebabkan beliau cukup disegani walaupun tarafnya hanyalah sebagai seorang hamba abdi yang berkulit hitam. Apabila meningkat dewasa Sumayyah telah mendirikan rumahtangga dengan salah seorang pekerja Abu Huzaifah iaitu Yasir bin Amin al-Ansi seorang pendatang dari Yaman yang juga turut dikenali sebagai Abu Ammar. Hasil perkahwinannya ini, beliau dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar bin Yasir. Selepas kedua ibubapanya syahid kerana mempertahankan agama Islam, Ammar bin Yasir telah dipaksa oleh kaum Musyrikin supaya mengucapkan kalimah kufur iaitu menyebut nama-nama berhala mereka. Dalam keadaan dharurat (terpaksa) ini Ammar tidak sedar ia telah menuruti kehendak kaum Musyrikin ini dengan menyebut nama-nama berhala dan akhirnya dibebaskan oleh kaum Musyrikin. Setelah Ammar kembali siuman, Ammar menyedari apa yang telah diucapkannya semasa diseksa. Ia sangat menyesal. Beberapa orang sahabat yang juga baru memeluk Islam telah menceritakan kepada Rasulullah SAW sehingga Baginda SAW bertanya kepada Ammar : “Mereka orang-orang musyrik telah menyeksamu dan membenamkanmu ke dalam air sehingga kamu mengucapkan begini dan begitu....?”  “Memang benar wahai Rasulullah !” Jawab Ammar sambil meratap dengan penuh penyesalan. Sambil tersenyum Rasulullah SAW bersabda:
“Jika mereka memaksamu lagi, tidak mengapa jika kamu mengucapkan apa yang telah kamu ucapkan sebelum ini”.
Lantas Rasulullah SAW membaca ayat al-Quran yang bermaksud:
 Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur)”
(al-Nahl :106)
Ammar bin Maimum telah menceritakan perihal Ammar putera Yasir dan Sumayyah ini dengan katanya :
“Kaum Musyrik telah membakar Ammar bin Yasir dengan api. Ketika Rasulullah SAW lalu di tempatnya, lalu memegang kepalanya sambil bersabda: “Wahai api ! Sejuklah kamu di badan Ammar sebagaimana kamu dulu juga sejuk di badan Ibrahim”.   

Memeluk Agama Islam
Sumayyah dan suaminya antara golongan terawal yang menerima cahaya Islam dari Nabi Muhammad SAW yang mula bertapak di Mekah. Para ahli sejarah menyatakan Sumayyah adalah termasuk orang yang ketujuh memeluk Islam. Selain Khadijah r.a dia adalah antara wanita yang mula-mula memeluk Islam. Setelah menerima Islam sebagai agama baru, Sumayyah dan keluarganya seperti kaum Muslimin yang lain juga akan menjalankan perintah Allah SWT secara rahsia samada dilakukan di rumah atau di gua-gua yang jauh dari pandangan manusia agar tidak dapat dikesan oleh kaum Musyrikin Mekah. Walaupun segala kegiatan dilakukan secara rahsia dan sembunyi oleh kaum Muslimin, dengan sebab bilangan yang memeluk Islam semakin bertambah akhirnya kegiatan mereka telah dapat dihidu oleh pihak Musyrikin.
            Sekiranya kaum Muslimin itu dari golongan bangsawan dan berpengaruh, mereka akan berdepan dengan ugutan dan ancaman tetapi jika kaum muslimin itu terdiri dari kalangan orang-orang miskin dan hamba yang rendah martabatnya, mereka akan diseksa oleh kaum Musyrikin tanpa belas kasihan.
Kisah Sumayyah mula menjadi perhatian apabila beliau dan keluarganya ditangkap oleh Abu Jahal bersama dengan kuncu-kuncunya. Oleh kerana keimanan yang begitu teguh yang ada pada Sumayyah dan keluarganya menjadikan dirinya tetap tabah dan terus setia dengan agama baru yang diterimanya walaupun menerima pelbagai bentuk penyeksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal bersama dengan pengikut-pengikutnya.

Janji Syurga
Ketika berada dalam tawanan Abu Jahal, Sumayyah dan keluarganya dibawa ke tengah-tengah padang pasir  yang memancar teriknya cahaya matahari. Mereka dibiarkan dalam keadaan lapar dan dahaga sedangkan kaki dan tangan mereka diikat. Pada ketika ini, tiada siapa yang boleh membantu termasuklah Rasulullah SAW sendiri kerana dakwah Islam masih di peringkat awal apatah lagi untuk mempunyai kuasa dalam pemerintahan.
            Pada suatu hari, Rasulullah SAW melalui tempat Sumayyah dan keluarganya diseksa lalu Baginda SAW bersabda dengan kata-kata perangsang yang bermaksud:
“Bersabarlah wahai keluarga Yasir ! Sesungguhnya balasan yang akan kamu terima nanti adalah syurga”.
            Sungguh ! Kata-kata dari Rasulullah SAW ini telah dapat menangkan hati dan memberi ketabahan kepada mereka terhadap agama Islam walaupun pelbagai seksaan terus dilalui oleh mereka sekeluarga. Pada suatu hari, Abu Jahal datang ke tempat keluarga Yasir diseksa. Abu Jahal terus memaki dan mencerca keluarga Yasir serta memaksa mereka supaya meninggalkan agama Islam tetapi Abu Jahal terus hampa kerana keimanan keluarga Yasir sedikit pun tidak berganjak. Abu Jahal sudah tidak dapat menahan kemarahannya lalu mengambil lembing dan menusuknya ke dada Sumayyah. Akhirnya gugurlah Sumayyah sebagai syahid yang pertama di bumi Mekah. Yasir, suami Sumayyah juga turut menyusuli Sumayyah dengan menerima anugerah sebagai seorang yang gugur syahid kerana mempertahankan keimanan kepada Allah SWT dalam hati mereka. Syahid yang mereka terima ini adalah sebagai membenarkan kata-kata Rasulullah SAW untuk mereka menerima syurga Jannatul Na’im di akhirat kelak.
Sumber Inspirasi dan Kegigihan
Walaupun kehidupan Sumayyah dalam Islam tidaklah berlalu lama, namun keimanan dan ketabahannya sehingga sanggup menjadikan dirinya sendiri menjadi tebusan bagi mempertahankan Islam. Beliau telah mendapat anugerah syahidah pertama di Mekah dalam Islam, beliaulah juga lambang kegigihan seorang muslimat yang telah terbuka pintu makrifatnya untuk meyakini janji Allah dan Rasulu-Nya. Bukan hanya setakat kata-kata tapi telah dibuktikan dengan segala tindakan dan pengorbanan sebagai membenarkan keimanan yang telah terpahat dalam hatinya hasil  tarbiyah dalam majlis Usrah Nabawiyyah. Firman Allah SWT :
 “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak pernah diuji (dengan sesuatu cubaan)?”
(al-Ankabut : 2)
Sumayyah juga lambang seorang seorang ibu yang tabah. Walaupun hanya seorang hamba, tetapi beliau mampu melahirkan seorang putera yang bersemangat waja sehingga menjadi salah seorang sahabat yang sangat dicintai oleh Baginda Rasulullah SAW. Pernah diriwayatkan dari Khalid al-Walid r.a bahawa dia pernah bertengkar dengan Ammar bin Yasir lalu mengadukannya kepada Rasulullah SAW . Baginda terus bersabda yang bermaksud:
“Wahai Khalid! Sesiapa yang memaki Ammar bin Yasir, nescaya Allah akan menjadi musuhnya. Sesiapa yang merendakan Ammar, Allah juga akan merendahkannya”. Inilah pujian dari Rasulullah SAW yang menyatakan kedudukan Ammar bin Yasir di sisi Allh dan Rasul-Nya.
            Nama Sumayyah terus disebut sehingga kini, tangan lembutnya yang menghayung buaian mampu untuk menggoncang dunia apabila berbekalkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah SWT. Beliau telah membuktikan betapa seorang yang memiliki jiwa yang besar akan memandang masalah-masalah yang dilihat besar oleh lain hanyalah suatu yang kecil dan remeh di sisinya. Namun untuk memiliki jiwa seteguh Sumayyah bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ia perlu dilatih dan dipupuk serta perlu bersedia untuk menterjemahkan segala ilmu yang ada ke dalam kehidupan seharian.

Mus‘ab bin Umair Syuhada’ Uhud yang Zuhud


“Seorang warga kota Mekkah yang mempunyai nama yang paling harum” Inilah ungkapan yang paling tepat mengenai semangat kepemudaannya yang diungkapkan oleh ahli sejarah. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang kaya-raya dan dibesarkan dalam keadaan serba kesenangan dan kemewahan. Mempunyai perwatakan yang menarik dan wajah yang tampan menyebabkan Mus‘ab  bin Umair r.a menjadi kegilaan gadis-gadis kota Makkah pada waktu itu. Wangian yang dipakai tiada siapa yang dapat menandinginya.
Mus‘ab  bin Umair r.a mempunyai pemikiran yang cerdas, sentiasa diharapkan kehadirannya dalam setiap majlis perhimpunan dan dikatakan

Tuesday, 18 December 2012

Dakwah Fardiah : Penyumbang Kejayaan dalam Dakwah


Dakwah adalah satu tugas yang sangat mulia. Tidak semua manusia yang dipilih oleh Allah SWT untuk memikul amanah dakwah ini. Justeru, setiap pendukung dakwah janganlah sentiasa mengelak untuk melaksanakan tugas yang mulia ini. Firman Allah Taala yang bermaksud :

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Fussilat : 33)

Begitu juga ganjaran pahala terlalu besar bagi mereka

Tanggapan PRU..


Bismillahirrahmaanirraahim….
Ahamdulillah.. Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi… yang telah memberi kekuatan kepada saya untuk sama-sama berkngsi ilmu dan pengalaman di alam maya ini… walaupun menyedari saya bukanlah orang mempunyai ilmu yang banyak yang layak digelar alim dan faqeh dalam agama apatah lagi ingin digelar sebagai ulama sebagaimana sahabat-sahabat yang lain yang telah pun mendapat gelaran ulama… seperti ulama muda dan berbagai-bagai gelaran yang tersohor…  Namun itu semua tidak seharusnya menjadi alasan bagi saya sendiri untuk tidak sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman di dalam maya ini…..

Sahabat-sahabat sekalian..
Ketika artikel ini ditulis… Kita semua sedang berteka-teki

Manual Usrah MANHAJ QURANI (MQ)


1. PENDAHULUAN

                Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa hidayah petunjuk kebenaran serta memberi pertolongan kepada hamba-hamba-Nya, dapat kami menyiapkan satu set buku panduan usrah “Manhaj Qurani” yang diterbitkan dalam enam siri.

                Manual Panduan Usrah Manhaj Qurani(MQ) ini disediakan adalah untuk memudahkan dan memberi panduan kepada para Naqib/naqibah dalam melaksanakan usrah

Monday, 17 December 2012

Ada apa dengan halaqah USRAH ?

Assalamualaikum w.b.t……
Al-hamdulillah…. Hari ini saya berkesempatan untuk meneruskan sedikit coretan dalam ruangan ini.. Hari ni… nak sebut tentang usrah sikit… Ada orang kata : “Usrah bukanlah segala-galanya … tetapi segala-galanya perlukan usrah”…. Benar atau tidak ? Hanya orang yang pernah melalui pengalaman berusrah bertahun-tahun  sahaja